Tips PTD

Wednesday, March 18, 2009 | Labels: | 0 comments |

Sebelum cerita panjang, tahukan anda apakah itu PTD? Pejabat Tanah Daerah? Pusat Tanam Duku? Pak Tam Duda?? Sudah pastinya jawapan itu semua melencong dari matlamat tajuknya. Okaylah mungkin ramai tahu dan tak kurang yang ‘blur’.. PTD merupakan singkatan bagi Pegawai Tadbir Diplomatik. Ia merupakan antara jawatan yang mampu memberikan peluang yang besar kepada penjawat awam untuk menaiki tangga ke kedudukan tinggi dalam organisasi kerajaan..

Sebenarnya saya tidak berminat lagi untuk mencuba peluang dalam jawatan gred M41 ni tapi terasa nak berkongsi ilmu kepada kawan-kawan yang mungkin berminat terutamanya Catzer yang akan mengambil peperiksaan PTD.

Mungkin juga ramai dari anda yang masih kurang arif tentang kerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. . Mungkin ada yang ingatkan bahawa kerja PTD ni adalah berkenaan dengan urusan luar negara seperti duta dan sebagainya.Walaupun saya bukanlah PTD tapi pengalaman di jabatan kerajaan selama hampir 5 tahun memberikan sedikit ilmu tentang jawatan ini. Sebenarnya jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan yang berfungsi sebagai ketua atau perancang dalam sesuatu jabatan. Bagaimanapun setiap sesuatu ada kelebihan dan keburukan. Bersama-sama ini saya kongsi sedikit sebanyak kelebihan dan keburukan mengejar jawatan ini.

Kelebihan

1. Kenaikan pangkat bagi PTD agak cepat.. Dalam tempoh 5 tahun anda mungkin berjaya melangkaui 3 peringkat gred kerajaan. Ini memang cepat berbanding dengan skim jawatan lain.

2. Anda akan lebih berpengaruh. Kebiasaannya mereka yang berjawatan ini akan lebih dipandang tinggi. Mereka yang akan bertindak sebagai tunjang bagi sesuatu jabatan akan lebih dikenali..

3. Gaji masyuk.. Huhuhuhuhu.. Pendapatan mereka merupakan yang tertinggi berbanding jawatan lain yang disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)..

4. Berpeluang untuk ke jawatan tertinggi kerajaan.. Antaranya berpeluang untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK). Bergantung pada prestasi dan nasib.

Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang menyebabkan si Zool tidak lagi berminat untuk menduduki peperiksaan ini.. Antaranya

1. PTD akan menghadapi situasi berpindah terutamanya bagi kenaikan pangkat. Kadangkala hanya 2-3 tahun lepas tu pegi ke jabatan lain. Walaupun saya ni bujang namun sukar rasanya berhadapan dengan situasi tersebut..

2. Suka atau tidak, kadangkala terdapat situasi gangguan dari politikus.. Terutamanya kalau anda PTD di bahagian yang agak berisiko.. Bahaya woo..

3. Sentiasa kena keje lebih. Tiada kerja lebih masa (OT). Disebabkan PTD merupakan pegawai elit, waktu kerja tak tentu masa.. Biasa rasanya kalau malam-malam dipanggil meeting oleh pihak atasan..

4. Lagi-lagi mesyuarat.. HUhuhuhuhu.. Sebagai ketua sesuatu jabatan memang PTD akan selalu menghadiri mesyuarat.. Samada kena puji, hentam, kutuk dan sebagainya.. Kena bersedialah..

5. Ketrampilan diri yang menarik. PTD adalah suatu jawatan elit jadi kenalah berpakaian kemas.. Tak boleh pakai kasut murah-murah ni..
Hm.. rasanya cukuplah setakat ini tentang sedikit perihal mengenai PTD. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai PTD ni cubalah tanya mereka sendiri di jabatan-jabatan kerajaan..
Sekian..

Sumber: http://ligakampung.com/blog/best-ke-jadi-ptd/

Tips PTD, Panduan PTD, Bagaimana berjaya dalam PTD