Bagaimana nak lulus exam PTD

Monday, June 29, 2009 | Labels: | 0 comments |

entri dari ptdblog:

Ramai yang bertanya dan memberi komen bahawa adalah susah untuk lulus peperiksaan PTD. Ada menyatakan peperiksaan ini begitu dan begini serta bermacam-macam lagi. Sebenarnya jika diperhati, perkara ini selalunya terbit dari orang yang belum lulus atau tidak lulus. Sebagai contoh lain jika kita bertanya pada orang yang gagal berniaga, sudah pasti beliau menyatakan berniaga itu susah. Tetapi jika kita bertanya pada orang yang berjaya dalam berniaga, sudah pasti beliau akan sentiasa memberi kata semangat kepada anda untuk terus berusaha hingga berjaya. Ada perbezaan bukan?

Jadi untuk menaikkan semangat anda sebelum menghadapi peperiksaan PTD, ada satu rahsia ingin berkongsi dengan anda. Rahsia ini boleh memudahkan anda menghadapi peperiksaan seterusnya memberikan keyakinan kepada anda. Ia juga merupakan jalan pintas untuk lulus peperiksaan tersebut. Selain itu anda tidak perlu menggunakan cara-cara yang tidak betul dari segi etika. Pendek kata rahsia ini adalah kunci kepada kejayaan anda. Harapan penulis agar anda dapat sematkan ia dalam minda dan jiwa anda dengan rahsia ini. Hendak tahu rahsianya?

Rahsianya ialah…. BERSEDIA DARI AWAL. Ya, anda harus bersedia dari awal. Lakukan segala persediaan yang sehabis baik sebelum menghadiri peperiksaan. Anda tahu terdapat berapa banyak subjek yang akan disoal dalam peperiksaan tersebut. Jadi baca dan buatlah latihan subjek-subjek berkenaan. Mungkin ada yang berasa sinis dengan rahsia ini. Tapi tidak mengapa. Dari pengalaman penulis, ramai yang gagal peperiksaan ini kerana tidak membuat persediaan. Mungkin terlalu sibuk dengan kerjaya sebelum ini hingga tidak sempat melakukan persediaan. Tapi bak kata pepatah hendak seribu daya..

800 Tempat Pegawai Tadbir Diplomatik

Monday, June 22, 2009 | Labels: | 0 comments |

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) giat berusaha memenuhi 50,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata kekosongan itu termasuk 5,000 jawatan doktor, 5,000 jururawat, 300 jurutera, 800 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan yang lain bagi pelbagai kategori pegawai biasa dan kakitangan sokongan.

Kerajaan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melanjutkan pendidikan dalam bidang perubatan untuk membantu kerajaan mengatasi kekurangan doktor, katanya kepada Bernama di sini.

Beliau menambah bahawa lebih banyak biasiswa dan pinjaman diperoleh untuk rakyat Malaysia mengikuti kursus perubatan tempatan dan luar negara.

Pada masa yang sama, katanya Kementerian Kesihatan mengkaji kemungkinan mengambil doktor asing untuk memenuhi kekosongan itu.

Murugiah berkata sungguhpun jumlah jururawat yang sedang dilatih mencukupi di negara ini, kebanyakkannya berminat untuk berkhidmat di luar negara kerana gaji dan kemudahan yang lebih baik.

Beliau berharap rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk memenuhi pelbagai kekosongan kerana kerajaan telah memperbaiki skim gaji dan kemudahan untuk kakitangan awam.

Mereka yang berminat boleh memohon jawatan ini melalui dalam talian www.spa.gov.my.

Untuk keselesaan pemohon luar bandar khasnya di Sabah dan Sarawak, beliau berkata SPA akan menjalankan temuduga di bandar kawasan itu.