Pengalaman Exam PTD

Friday, July 3, 2009 | | |

post dari blog 'aku dan blog-cikangahlee' mengenai Pegawai Tadbir Diplomatik.

Saya akan ambil peperiksaan walaupun sudah habis melanjutkan pelajaran!
Saya akan menduduki exam PTD buat yang kesekian kalinya. Kalau tak salah saya, mungkin ini kali yang ke 6 atau ke 7. Huh..sudah banyak kali saya berusaha... =)

Walaupun telah banyak kali saya menduduki peperiksaan ini, hanya sekali sahaja saya pernah lulus dan berjaya sampai ke peringkat PAC PTD (assessment centre), iaitu peringkat ke2 dalam peringkat untuk menjadi seorang pegawai tadbir diplomatik.

Namun, kenapa saya tidak juga berjaya dengan jayanya untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut walaupun saya telah berpengalaman dan 'familiar' dengan bentuk-bentuk soalannya? Jawapannya mudah...

Pertama - mungkin jawapan saya tidak mengikut kriteria dan ciri-ciri yang dikehendaki oleh pemeriksa.

Kedua - mungkin saya tidak bersungguh-sungguh menjawabnya.

Ketiga - mungkin markah saya untuk semua seksyen soalan tidak seimbang.

Keempat - bukan rezeki saya lagi...

Kelima - aku tak jumpa blog Panduan PTD lagi masa tu...

Maka, di entry ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya yang sudah berkali-kali pergi menduduki exam ini. Bukan untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk, tapi sekadar berkongsi pengalaman, dan yang penting anda JANGAN PUTUS ASA seperti saya walaupun selalu sahaja gagal!
Huuuu.... (^_^)

Sepanjang pengalaman saya menjawab peperiksaan bertulis PTD ini, bagi saya bentuk soalannya sama sahaja dan kadang kala memeningkan dan sedikit mengelirukan. Peperiksaan berjalan selama satu hari, dari pagi hingga ke petang.
Jadi, saya nasihatkan kepada anda yang terlibat (akan pergi ke exam ini), supaya bersiap sedia dengan bekalan makanan dan air kerana kadang-kadang tempat peperiksaan seperti sekolah, dewan, pusat-pusat kerajaan, kantin atau tempat makan nya tutup memandangkan hari cuti. Tetapi, hal ini tidak menjadi masalah kepada mereka yang datang dengan kenderaan sendiri. Selain itu, bersiap sedia juga dengan telekung (bagi wanita) kerana pasti sukar untuk menggunakan telekung wakaf yang terhad serta jangka masa rehat yang terhad juga.

Terdapat 5 seksyen, seksyen A hingga E. Boleh rujuk pada belakang surat SPA yang dipos kepada anda.

Seksyen A berkaitan dengan pengetahuan am Malaysia serta alam sekeliling. 60 soalan, perlu dijawab dalam masa 45 minit.
Banyak mengenai pentadbiran, pemerintahan dan perlembagaan negara. Buku rujukan yang berguna - Malaysia Kita, Perlembagaan, buku Sejarah sekolah menengah...
Tetapi, bagi soalan yang berkisar tentang pengetahuan am/alam sekeliling, ia memang benar-benar menguji tahap pengetahuan am anda. Mana tidaknya, banyak soalan di luar jangkaan yang akan anda temui yang kadang kala anda tidak pernah tahu atau malas ingin ambil tahu. Pernah saya bertemu soalan yang bertanyakan tentang negara tuan rumah Piala Dunia la, pemenang award Nobel la...dan sebagainya...
Oleh itu, bersedialah dengan pengetahuan-pengetahuan am, bacalah segala macam bahan bacaan yang anda ada! =)

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab selama 45 minit sebanyak 40 soalan.
Kemahiran logik, interpretasi & analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Berdasarkan pengalaman saya, jarang saya dapat menyemak semula pengiraan dan jawapan saya dalam masa 45 minit dan kadang kala tidak cukup masa untuk mengira dan kesudahannya tanda saja sesuka hati anda! Soalan kemahiran logik, selalunya memang saya tidak sempat untuk memikirkan selogik-logiknya memandangkan penerangannya sahaja sudah cukup panjang untuk dibaca dan difikirkan!

Seksyen C, antara bahagian yang mudah kerana menguji kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seseorang. Seperti soalan PMR atau SPM kertas 1, kemahiran memindahkan maklumat, tatabahasa & kosa kata. Perlu menjawab 40 soalan dalam masa 45 minit juga.

Seksyen D dan E memerlukan anda menulis esei dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris selama sejam untuk setiap esei. Terdapat 3 soalan, dan anda hanya perlu menjawab satu sahaja. Soalan esei biasanya berbentuk 'direct', seperti soalan ketika SPM, berkaitan dengan keadaan semasa di negara kita. Contohnya soalan tentang kesan, cara mengatasi masalah, cadangan menangani, akibat daripada sesuatu dan sebagainya. Esei Bahasa Melayu memerlukan 300-500 patah perkataan, manakala esei English dalam 200-300 patah perkataan sahaja.

Saya mempunyai lebih daripada 10 orang rakan-rakan yang telah pun berjaya bergelar seorang PTD. Pernah juga saya bertanya kepada mereka tips-tips untuk lulus peperiksaan bertulis ini. Namun, kebanyakan mereka memberikan 2 jawapan yang sama...

"ko kena jawab betul-betul, poyo-poyo...pastu pastikan ko akan dapat markah average je untuk semua bahagian..."

"aku pun tak tau mcm mana boleh lulus...rezeki kot...so, kena percaya pada rezeki masing-masing la..."

Huu...bagi saya, saya sangat percaya pada rezeki yang dikurniakan olehNya. Sebab kadang-kadang usaha yang sungguh-sungguh tanpa tawakal dan percaya pd kurniaanNya pun, tidak membawa apa-apa makna...kan?

Oleh itu, kepada anda yang pertama kali ingin menduduki exam ini, diharap pengalaman saya dapat memberi sedikit panduan dan membuka mata, hati & fikiran anda untuk melakukannya bersungguh-sungguh dan penuh harapan. Tetapi, jangan terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi kerana mungkin anda akan kecewa...Cubalah sebaik mungkin dan berusahalah bersungguh-sungguh! Anda kena baca dan rujuk blog Panduan PTD kerana maklumat di sana bagus.

Bagi anda yang juga seperti saya, sudah berkali-kali (tapi saya pernah jumpa ada orang yang dah pergi exam ini lebih daripada 15 kali, langsung tak pernah pun lulus dan tak pernah sampai ke peringkat ke2) agar JANGAN PUTUS ASA!!!
Teruskan usaha anda...timbalah pengalaman sebanyak mungkin...dan cool saja seperti saya...hehehehe...
Mungkin suatu hari nanti, akan tiba jua rezeki anda...Insya Allah...

** wishin' me and the other candidates - ALL THE BEST! CHAIYO!!! (^_^).

0 comments: